Foto kemeriahan perlumbaan kereta tanpa enjin

 Photo/Agencies

SOAPBOX Race mungkin janggal di Malaysia, namun di luar negara, perlumbaan itu diadakan penuh meriah seperti di Buenos Aires, Argentina baru-baru ini.

Apa yang menarik adalah perlumbaan yang bermula di Amerika Syarikat sejak 1934 itu tidak menggunakan enjin. Sebaliknya, setiap kenderaan digerakkan sepenuhnya menggunakan tenaga graviti.


Keadaan menjadi lebih meriah apabila setiap kenderaan itu dihiasi dengan pelbagai perhiasan dan reka bentuk bagi menarik perhatian pengunjung.

Daripada bentuk wagon, kereta Formula 1 dan filem animasi seperti Flintstone, kenderaan berkenaan berlumba di atas trek buatan khas sepanjang 400 meter.


Pada masa ini, terdapat pelbagai kategori dipertandingkan dan meliputi pelbagai peringkat umur.

Dengan hanya menggunakan kereta yang telah diubahsuai mengikut kepakaran masing-masing, perlumbaan berkuasa graviti itu dipertandingkan di kawasan berbukit dan setiap kenderaan itu mampu menyusur sepantas 35 kilometer sejam.


Setiap peserta akan menggunakan kepakaran masing-masing mencipta kereta yang bukan sahaja laju tetapi mempamerkan aspek inovasi dan kreativiti luar biasa.

Dalam perlumbaan itu, bahagian roda diberi keutamaan kerana setiap roda kereta Soapbox memainkan peranan penting bagi menentukan kejayaan perlumbaan.


Acara antarabangsa itu sangat popular dan ia membabitkan penyertaan pelbagai pasukan amatur serta profesional dari seluruh dunia.

Pelumba itu diadili berdasarkan kelajuan, kreativiti dan sandiwara setiap peserta dan juara bakal memenangi tiket perlumbaan Grand Prix F1 yang akan diadakan di Brazil.

Walaupun perlumbaan itu pertama kali diadakan di Buenos Aires, namun penyertaan daripada pasukan tempatan amat mengejutkan.




Sumber: Utusan malaysia

1 comment: