Kesan ketagihan Steroid, wanita ini berubah menjadi lelaki


 Bagi banyak orang , di antaranya para pelakon Hollywood dan ahli sukan bina badan antarabangsa , steroid anabolik telah menjadi rutin dari kehidupan. Sayangnya ia mempunyai kesan sampingan yang buruk, iaitu kerosakan hati. Menggunakannya hanya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Kesan sampingan yang lain , otot menjadi lebih besar seperti yang di alami bekas pelayan bar , Candice Armstrong.

Di antara penggunaan ubat- ubat untuk meningkatkan prestasi , Candice menjatuhkan pilihannya kepada steroid. Dia kini berubah secara fizikal menjadi lelaki selepas melakukan penyalahgunaan steroid.

Foto: Daily Mail

Candice yang dulunya cantik dengan rambut perangnya , kini berubah menjadi lelaki berbadan kekar dengan rambut hitam. Badan kekarnya mampu dibandingkan dengan pelakon Arnold Schwarzenegger dan banyak rambut yang tumbuh di sekitar punggung, dada dan bibir bahagian bawahnya. 

Candice tidak pernah menyangka bahawa dirinya akan menjadi sangat maskulin saat pertama kali mengambil ubat- ubatan tersebut , tetapi dia mengatakan bahawa sekarang sudah terlalu terlambat bagi dirinya untuk berhenti.

"Ini di luar rancangan saya ". "Saya tidak ingin mengubah diri saya dari seorang wanita menjadi seorang lelaki . " ujarnya

Kesan sampingan yang dialami Candice sudah sangat parah, seiring dengan rambut dan jerawat yang tumbuh secara berlebihan, klitorisnya pun telah membengkak , sehingga terlihat menyerupai organ intim lelaki . Kini payudaranya juga telah berubah menjadi otot- otot dada pectoral khas ahli bina badan lelaki .

Payudaranya juga telah menderita dan sekarang tergantung tak bernyawa. Ini merupakan perkembangan pesat di bahagian otot -otot dada. " Payudara saya kini sudah tidak berisi lagi , mungkin sudah tidak seindah dulu, tapi aku suka . " Candice tidak mahu untuk menamatkan konsumsinya terhadap steroid. " Saya fikir itu malah hanya akan membahayakan diriku. "

" Steroid membuat saya dapat mengubah tubuh sebagaimana yang saya inginkan, ia memberikan saya peluang untuk hidup di luar yang saya impikan " ujar Candice .

wolipop.detik.com

1 comment: