Kedai Seks Halal online pertama dibuka

Ankara: Sebuah kedai dalam talian menawarkan barangan seks yang dibenarkan Islam serta minyak urut dan pewangi dilancarkan di Turki, semalam, menjadikan ia bisnes pertama seumpamanya di negara berkenaan.

Laman sesawang Kedai Seks Halal berkenaan menawarkan produk yang disahkan “selamat sepenuhnya” dan mematuhi semua norma dalam ajaran Islam. Pelayar Internet yang masuk ke laman sesawang itu akan menemui dua capaian berbeza yang mengasingkan produk untuk lelaki dan wanita. 

Bahagian lain laman sesawang itu direka untuk membincangkan seks dalam konteks Islam di bawah pelbagai tajuk, seperti Seks Oral Menurut Islam, Adab Seks Dalam Islam dan Kehidupan Seks Dalam Islam.


Pengasasnya yang enggan dikenali berkata, mereka percaya kedai dalam talian itu dapat memperbetulkan prejudis terhadap Islam selepas selama ini ia dianggap agama yang menentang seks. - AFP

MyMetro

No comments:

Post a Comment