Gambar helang menyambar kambing berjaya dirakam

 Pernah lihat helang mencengkam tikus atau ular? Jika pernah, adakah kamu juga pernah melihat helang yang menyambar kambing. Pasti kamu tidak pernah melihatnya dan pasti kamu akan menganggap helang tidak akan boleh menerkam kambing.

Anggapan kamu itu salah, jangan kamu kira helang hanya boleh mecengkam haiwan-haiwan kecil saja. Kambing yang besar juga boleh dicengkam oleh helang. salah satunya foto yang diperlihatkan berikut ini.


Dalam foto ini terlihat seekor helang jenis Golden Eagle sedang mencengkam seekor kambing yang cukup besar. Diyakini helang ini akan memakan kambing tersebut . Foto helang mencengkam kambing ini diambil oleh orang yang tidak ingin disebutkan namanya yang berkerjaya sebagai pemerhati burung dan gambar ini diambil di kawasan pergunungan pulau Mull , Scotland.

 Sang jurugambar tidak ingin mengatakan detail tempat pengambilan foto tersebut kerana takut si petani pemilik kambing marah jika kambingnya sudah dimakan helang raksasa dan akhirnya akan melakukan balas dendam untuk membunuh helang tersebut .

Helang jenis Golden Eagle merupakan helang yang semakin pupus. Sekarang ini mungkin hanya terdapat 30 ekor helang Golden Eagle. Saiz helang ini memang sangat besar, rentang sayap saja boleh sampai dua meter bayang kan saja seberapa besar helang ini sehingga boleh membawa satu ekor kambing terbang .

palingseru.com

No comments:

Post a Comment