Perompak nekad rempuh bank dengan Porsche

 Kereta Porsche hitam yang digunakan para perompak | Twitter/ABC

Sydney - Aksi rompakan bank kian nekad. Seperti yang dilakukan para perompak di pusat Bandar Sydney, Jumaat (13/9/2013). Mereka merompak sebuah bank dengan cara merempuh dinding bank dengan kereta.

Para perompak itu melanggar dinding bank Westpac di Kent Street dengan kereta Porsche jenis four-wheel kira-kira 11:15 pagi waktu setempat.

Polis mengatakan, kereta warna hitam tersebut merempuh dinding di samping mesin ATM dan tiga perompak bersenjatakan tukul masuk ke bank tersebut dan mengambil wang dari para juruwang.




Para perompak kemudian berjaya melarikan diri menggunakan sedan Subaru warna biru yang sudah menunggu.

Saksi Cheryl Hudswell baru saja keluar dari bank tersebut ketika para perompak melakukan aksi nekadnya.

"Saya kira itu hanya kemalangan biasa. Tapi beberapa minit kemudian beberapa orang berlompatan keluar dari kenderaan dan mula menghancurkan sesuatu dengan tukul," ujar Cheryl.

kompas.com

1 comment: