Kenali enam pemain billiard wanita terbaik dan terseksi dunia

 Enam wanita ini berasal dari negara yang berbeza dan masing-masing pernah menjadi juara pertandingan billiard pada zamannya

 Pan Xiaoting asal China dilahirkan pada 25 Februari 1982 ini merupakan salah seorang dari sepuluh pemain billiard terbaik di dunia. Pan pernah menjuarai pertandingan biliard, antara lain pada 2007 meraih Great Lakes Classic di kejuaraan WPBA dan Nine-ball Championship pada tahun yang sama di WPA World yang diadakan di Taoyuan, Taiwan.

 Jeanette Lee, seorang wanita keturunan Korea yang menjadi pemain biliard profesional Amerika. Oleh teman-temannya, Jeanette dijuluki 'Black Widow'. Wanita yang mula aktif sejak 1989 ini pernah dinobatkan sebagai pemain biliard wanita terbaik pada 1998 oleh WPBA. Gelaran terakhirnya didapatkan pada 2007 sebagai pemain terbaik keempat versi Pool & Billiard Magazine.

 Ewa Laurance, wanita kelahiran 26 Februari 1964 ini terkenal sebagai pemain wanita terbaik dalam pertandingan nine ball. Wanita yang telah menggeluti dunia biliar sejak berusia 14 tahun ini pernah menjuarai beberapa pertandingan biliard dunia, yakni WPA World Nine-ball Championship, US Open Nine-ball Championship, WPBA National Nine-ball Championship, International Trickshot Championship, dan the Swedish and European 14.1 Championships. 

 Anastasia Vladimirovna Luppova, wanita kelahiran Rusia pada 26 Jun 1985 telah dinobatkan sebagai pemain biliard wanita terbaik di Rusia. Wanita yang kerap mengenakan kostum seksi saat bertanding ini pernah menjadi Miss Billiard pada 2009. Selain itu, Anastasia juga dua kali juara Eropah.

 Shanelle Loraine, salah satu pemain biliard wanita terseksi di dunia. Wanita Filipina ini lahir di Misawa, Jepun pada 25 Mac 1982. Saat ini Shanelle tinggal di Florida dan sibuk sebagai pengajar biliard di University of Central Florida.

Cha Yu Ram, salah satu pemain biliar profesional asal Korea. Wanita kelahiran 23 Julai 1987 ini pernah menjuarai pertandinagn biliard Amway Cup. Cha Yu pada 2009 juga pernah menjuarai nine-ball singles dalam Asian Indoor Games.


No comments:

Post a Comment