Artis ini ditahan ketika cuba lakukan seks dalam kereta yang bergerak

Jenelle Evans (Foto: wenn)

LOS ANGELES - Kereta yang dinaiki bintang reality show Teen Mom 2, Jenelle Evans ditahan polis ketika dia bersama kekasihnya, Nathan grifith. Polis meminta kereta mereka berhenti kerana dilihat mencurigakan. Penangkapan itu terakam dalam kamera dashboard kereta polis.

Seorang polis menanyakan apa yang terjadi pada Jenelle dan kekasihnya. Wanita 21 tahun itupun mengakui kepada polis, dirinya hendak melakukan hubungan seks dengan kekasihnya di dalam kereta.

"Sejujurnya, kami cuba untuk melakukan hubungan seks," kata Jenelle seperti dipetik Contactmusic, Ahad (15/9/2013).

"Itu sebab kenapa kamu berada di atas sepanjang jalan?," Tanya seorang polis.

"Iya," jawab Jenelle.

Jenelle menafikan dirinya dalam pengaruh dadah ketika sedang memandu kereta. Namun dia mengaku minum minuman beralkohol di malam hari. Dia juga membantah sudah melakukan hubungan seks dan hanya baru akan cuba melakukan.

Dia dan Griffith didapati bersalah kerana memandu dalam pengaruh minuman keras, memandu laju, memandu di laluan yang salah, cuba melawan saat hendak ditangkap.

Sebenarnya, ibu seorang anak berusia 4 tahun itu baru saja dipenjara 48 jam selepas gagal ujian dadah. Dia kemudian bebas selepas dijamin dengan bayaran USD5 ribu.

okezone

No comments:

Post a Comment