Semakin berani! GRO seksi peraga tubuh atas pentas di medan selera

Sebahagian GRO yang ditahan dalam serbuan terbabit.

KUALA LUMPUR – Semakin berani! Sebuah medan selera yang beroperasi secara terbuka di Jinjang Selatan secara terangan menggunakan GRO terdiri daripada wanita warga asing untuk menarik kehadiran pelanggan.

Dalam’ Ops Sayang’  Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya awal pagi  semalam,  seramai  26 wanita warga asing dari Indonesia, Myanmar dan China ditahan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Abdul Malik Bujang berkata hasil risikan yang dilakukan, ke semua gadis itu berpakaian seksi serta  memperagakan diri di atas pentas disediakan oleh penganjur.

Menurutnya, pelanggan akan memberikan cenderahati berupa kalungan bunga ataupun mahkota yang dibeli pada harga RM5 dan RM55 sebagai tanda mereka berminat untuk mendapatkan khidmat mereka atau boleh dibawa pulang.

“Ketika serbuan terdapat lebih 50 pelanggan di medan selera itu yang turut menghidangkan minuman keras  serta dikawal ketat oleh tonto,” katanya.

Abdul Malik berkata, anggota terlebih dahulu menyusup masuk ke dalam medan selera itu bagi memastikan kesalahan dilakukan.

“Mereka cuba menggunakan wanita-wanita ini sebagai daya penarik  dan serbuan ini berjaya hasil daripada maklumat diberikan oleh orang awam,” katanya.

Pemeriksaan lanjut ke semua wanita itu masuk ke negara menggunakan pas lawatan sosial dan serta ada yang langsung tidak memiliki dokumen sah.

Ke semua ditahan  dibawa ke depoh tahanan imigresen atas  kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment