Leka main judi di hari raya, polis datang serbu

 SEREMBAN - Kegiatan sebuah pusat hiburan keluarga di Wisma Punca Emas di sini yang turut menyediakan mesin permainan berbentuk perjudian akhirnya membawa padah apabila premis berkenaan diserbu polis semalam.

Serbuan di premis berkenaan dilakukan sepasukan anggota polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, serbuan kira-kira 8 malam itu dilakukan selepas pihaknya membuat risikan ekoran banyak aduan diterima berhubung kegiatan di premis berkenaan.

"Dalam serbuan ini kita menahan seramai lima pengunjung termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 40 tahun yang sedang leka berjudi di premis berkenaan.

"Kita juga turut merampas 25 buah mesin perjudian pelbagai jenis yang terdapat di premis berkenaan dan seorang pekerja lelaki berusia 30-an,'' katanya di sini hari ini. - 

KOSMO!

No comments:

Post a Comment