Anak Sarawak di belakang filem seram box office Hollywood, The Conjuring

James Wan

Mungkin ramai tidak tahu, sutradara filem pecah panggung Hollywood, The Conjuring yang menjadi bualan hangat peminat filem seram sejak mula ditayangkan awal bulan ini, berasal dari Kuching, Sarawak.

Kehebatan James Wan, 36, anak seni berketurunan Cina dan dibesarkan di Perth, Australia, mula diperkatakan sejak The Conjuring menggegarkan pawagam di seluruh dunia. Rupa-rupanya, Wan juga terbabit dalam filem sekuel seram popular, Saw. H6

James cipta sejarah

Sejak mula ditayangkan pada 1 Ogos lalu, The Conjuring, filem garapan sutradara berasal dari Kuching, James Wan mencatat kejayaan luar biasa malah mengangkat genre filem seram ke tahap lebih tinggi.

Selepas melonjak dengan kutipan RM131 juta (AS$40 juta) pada minggu pertama dipertontonkan, pungutan The Conjuring kini dilaporkan sudah mencecah RM328 juta di Amerika Syarikat (AS). Ia dikatakan antara filem bajet rendah yang mendapat jualan tinggi menewaskan filem berkos tinggi seperti Pacific Rim dan The Lone Ranger.

Memetik laporan blog mengenai filem arahannya yang berdasarkan kisah benar itu, James berkata, dia sengaja menyuntik elemen kelainan dalam filem itu.

“Anda tidak nampak banyak yang saya ketengahkan dalam filem seram arus perdana sekarang. Saya gemar menyuntik kelainan dalam penyampaian yang saya selesa.
“Saya hanya membuat filem yang terbaik dan kemudian menyerahkan kepada penonton untuk memutuskan berapa lama ia bertahan,” katanya.


Pengarah filem Dead Silence, Death Sentence dan Insidious ini juga bakal mengeluarkan sebuah lagi sekeul filem seram yang dinanti-nantikan iaitu Insidious : Chapter 2, bulan depan.

Sekuel pertama yang ditayangkan dua tahun lalu mendapat sambutan hangat. Malah, filem yang mengisahkan keluarga Lambert itu cukup dinantikan peminat.

Bakal kemudi sekuel ketujuh, Fast and Furious

Berubah hala daripada filem seram kepada aksi, James juga disahkan sebagai pengarah kepada sekuel ketujuh bagi filem aksi pecah panggung, Fast and Furious.

Seperti yang dinyatakan produser filem terbabit, Neal H Moritz, James adalah pengarah berbakat.

“James sudah membuat segala yang mampu dilakukannya dalam bidang ini. Dia pernah beritahu saya, apa yang dipelajari sepanjang mengarah filem akan dibawa dalam Fast And Furious.

“Saya adalah antara peminat James. Dia adalah antara pengarah yang berada dalam senarai pilihan kami untuk menggantikan pengarah sebelum ini,“ katanya.

Filem Fast And Furious yang memasuki edisi ketujuh, dijangka ditayangkan Julai tahun depan.

BH

No comments:

Post a Comment