40 ekor ular sawa ditemui di bilik hotel

MONTREAL - KANADA. Polis menemui 40 ekor ular sawa di sebuah bilik hotel sekali gus merungkai punca kematian dua kanak-kanak seminggu lalu di Quebec, Kanada.

Polis dalam satu kenyataan melaporkan, reptilia itu ditemui dalam tong penyimpanan plastik di sebuah bilik hotel di Brantford, Ontario.

“Bilik itu sebelum ini didiami oleh dua individu yang didakwa pemilik ular yang membunuh dua kanak-kanak minggu lalu di sebuah kawasan kejiranan,” katanya kepada AFP.

Menurut kenyataan itu, kertas pertuduhan terhadap pasangan itu akan dibuka atas dakwaan melanggar undang-undang pemilikan haiwan terlarang.

“Ular sepanjang antara 30 sentimeter hingga 1.4 meter itu diserahkan kepada Persatuan Perlindungan Haiwan Kanada untuk pemantauan,” katanya.

Minggu lalu, Nuh Barther, 5, dan Connor, 6,  maut di bandar timur Campbellton, New Brunswick selepas dipercayai dibelit ular sawa Afrika yang terlepas dari kurungan dipercayai milik pasangan tersebut.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment