Unik, anggur di Brazil ini berbuah di seluruh batang pokok


Biasanya buah tumbuh tergantung di batang pokok, namun tidak seperti anggur di Brazil ini. Buah tersebut malah tumbuh di seluruh batang hingga bahagian ranting terkecilnya.

Pokok tersebut dikenal dengan nama Jabuticaba yang tumbuh di Minas Gerias dan Sao Paulo di wilayah selatan Brazil. Buah-buah tersebut tumbuh langsung dari batang dan cabang memberikan pokok Jabuticaba penampilan yang sangat luar biasa. Jika dilihat dari jauh, batang pokok tersebut seperti dihinggapi ratusan serangga berwarna hitam.

Sebenarnya buah dan bunga anggur ini hanya tumbuh satu atau dua kali dalam setahun. Tapi jika terus diairi maka boleh berbunga lebih kerap hingga sepanjang tahun bagi yang tumbuh di kawasan tropika. Sudah pasti, pokok dengan nama latin Plinia cauliflora ini popular di Brazil kerana hanya tumbuh di negara tersebut.

Anggur tersebut bentuk kecil dan bulat berukuran 3-4 cm yang tebal dengan kulitnya berwarna ungu. Mempunyai isi kenyal warna pink atau putih, anggur ini rasanya manis dan banyak dijual peniaga di pinggir jalan ketika musimnya tiba. Anggur ini boleh dibuat sebagai minuman wine atau dijadikan jem selain dinikmati sebagai buah segar.

wk


4 comments: