Seorang lelaki maut dihempap lembu jatuh dari atap rumah


CARATINGA - Malang menimpa Joao Maria de Souza. Warga Brazil berusia 45 tahun ini sedang berbaring di tempat tidurnya dan tanpa diduga, seekor lembu jatuh dari atap rumah dan menimpa dirinya.

Dia langsung dibawa ke hospital, tetapi meninggal sehari kemudian kerana pendarahan dalaman. Menurut keluarganya, Souza menunggu terlalu lama untuk ditangani doktor.

Bandar Caratinga yang berbukit-bukit di Negeri Minas Gerais terkenal sebagai wilayah ladang dan pengeluar susu segar.

BBC melaporkan, lembu seberat 1 tan itu diduga sedang berkeliaran di bukit di belakang rumah Souza ketika tidak sengaja menginjak atap asbes yang langsung pecah kerana tak kuat menahan berat lembu tersebut.

Media tempatan menyebutkan, ini merupakan insiden ketiga lembu jatuh ke dalam rumah melalui bumbung dalam tiga tahun terakhir. Namun, tak ada korban jiwa dalam dua insiden sebelumnya.

kompas

No comments:

Post a Comment