Pecah kubur Cina cari harta tapi hanya temui gigi palsu

KEADAAN kubur di Tanah Perkuburan Cina di Riam yang dipecahkan, kelmarin.

Miri: Gigi palsu antara barangan yang ditemui penjarah empat kubur di Tanah Perkuburan Cina di Riam, dekat sini, selain jam tangan dan pakaian yang sudah rosak.

Kejadian itu disedari beberapa individu yang berkunjung ke tanah perkuburan berkenaan untuk upacara sembahyang sebelum ternampak kubur pasangan suami isteri berusia hampir 50 tahun dipecahkan, kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.

Bagaimanapun, usaha penjenayah itu hanya sia-sia apabila difahamkan kubur milik pasangan suami isteri itu tidak diletakkan barangan berharga selain gigi palsu, jam tangan dan pakaian yang sudah rosak.

Sumber berkata, keluarga mangsa terbabit sudah dimaklumkan mengenai pencerobohan itu dan mengakui kubur pasangan suami isteri itu tidak menyimpan mahu pun diletakkan barangan berharga.

“Penjenayah hanya menemui gigi palsu, jam tangan dan pakaian yang kemudiannya diletakkan bersebelahan kubur itu, berikutan mereka cuba memecahkan beberapa kubur lain di kawasan berhampiran.

MyMetro

2 comments: