Orang mati dipilih jadi datuk bandar di Mexico?

OAXACA - Seorang lelaki yang telah disahkan kematiannya hampir tiga tahun lalu telah memenangi pemilihan untuk jawatan datuk bandar di Negeri Oaxaca Mexico selatan, pada Ahad (7/7/2013). Lelaki itu, Leninguer Raymundo Carballido Morales, memenangi pilihan raya di sebuah bandar kecil San Agustin Amatengo dengan keunggulan 11 suara sebagai calon dari gabungan parti-parti konservatif dan sayap kiri.

Namun, kini para penyiasat memeriksa apakah Carballido Morales telah memalsukan kematiannya sendiri pada 2010 demi mengelakkan penangkapan berkaitan dengan rogol beramai-ramai terhadap seorang perempuan pada 2004.

Carballido Morales ternyata masih hidup telah berkempen dalam pemilihan itu. Dia muncul dalam acara-acara awam dan memberikan wawancara kepada para wartawan. Namun, dua hari sebelum mengundi, akhbar tempatan Tiempo de Oaxaca melaporkan bahawa peguam calon itu telah menyampaikan sebuah surat kematian palsu kepada pihak berkuasa pada 2010.

Dokumen itu, yang telah disahkan oleh seorang doktor, menyatakan bahawa Carballido Morales meninggal kerana "sebab-sebab alamiah" selepas koma akibat diabetes, lapor harian itu.

Iliana Araceli Hernandez, seorang pendakwa negeri untuk urusan jenayah terhadap perempuan, mengatakan bahawa pejabatnya melancarkan satu penyiasatan berikutan laporan tersebut bagi menentukan apakah sebuah jenayah telah dilakukan.

Pengarah Pencatatan Sipil Oaxaca, Aide Reyes, mengakui bahawa seorang pegawai perkhidmatan masyarakat telah menandatangani dokumen itu dan bahawa pejabatnya membuka siasatan.

Ketua Parti Revolusi Demokratik (PRD) yang berhaluan kiri, Rey Morales Sanchez, yang partinya menjadi sebahagian daripada gabungan yang menyokong Carballido Morales, mengatakan kepada AFP bahawa jika datuk bandar terpilih itu melakukan kejahatan, "Dia harus diganti".

Carbadillo Morales membuktikan sekali lagi bahawa dia masih hidup dan sihat saja pada malam sebelum pilihan. Dia menulis di akaun Facebooknya bahawa dia telah pergi ke pejabat pendakwa untuk meminta maklumat berkaitan dengan kejadian yang berkaitan dengannya, yang benar-benar palsu.

kompas

No comments:

Post a Comment