James Bond ditangkap di Sri Lanka

Foto : Pistol Walther PPK milik James Bond (jamesbond.wikia)

COLOMBO - Polis Sri Lanka menangkap seorang penjenayah yang mempunyai banyak persamaan dengan tokoh filem Inggeris, James Bond. Senjata yang digunakan lelaki itu pun sama dengan senjata yang digunakan Bond.

Lelaki itu membawa pistol sama seperti yang pernah dipakai oleh Bond dengan 28 peluru. Pistol itu bukanlah senjata tiruan, namun merupakan senjata asli yang dibeli dari luar negeri. Demikian, seperti diberitakan The Mirror, Isnin (3/6/2013).

Selain menggunakan nama samaran, suspek juga mempunyai empat telefon, lapan kad SIM, pisau Rambo, motosikal, lesen memandu palsu, serta kad pengenalan dari negara lain. Untuk saat ini, lelaki itu dituduh terlibat dalam dua kes pembunuhan, dan peras ugut.

Lelaki itu ditangkap di Padukka, wilayah di Colombo. Dan setelah disiasat polis, lelaki itu adalah seorang penduduk Daerah Gampaha, Divulapitiya.

Suspek langsung diserahkan ke Unit Siasatan Khas Mirihana di Nugegoda. Dan ketika ini, polis mula melakukan siasatan yang mendalam atas suspek yang meniru James Bond itu.

okezone

No comments:

Post a Comment