Penemuan makhluk asing hebohkan warga China

Shanding Binzhou - Seorang lelaki China telah menghantar foto-foto bersama satu benda yang ia dakwa sebagai alien di laman sosial. Menurutnya, alien ini telah terperangkap di bumi kerana kemalangan UFO. Melalui foto-foto yang dipostingnya memaparkan gambar dirinya tengah berdiri di samping benda agak kasar yang tampaknya dari luar angkasa. Tentu saja, ini membuat jaring sosial di China heboh.

"Li, pemuat foto itu, mendakwa ia melihat formasi UFO berdengung di langit malam di sepanjang Sungai Kuning, Provinsi Shangdong Binzhou, China," tulis Daily Mail, Isnin, 10 Jun 2013. Tiba-tiba salah satu benda menyerupai piring itu tersentak jatuh ke bumi. Dan, saat itulah Li mencari tubuh salah satu 'pengunjung' yang tertinggal.

Li menegaskan, kejadian itu berlaku pada bulan Mac 2013. Ia mengawetkan alien itu di dalam freezer. Namun, polis tempatan menyangkal kenyataan Li. Dari kenyataan polis, tidak ditemui tanda-tanda kehidupan di dalam benda itu. Malah, polis menyatakan bahawa benda itu hanyalah getah berkualiti tinggi sehingga mampu dibentuk sedemikian rupa mirip alien.

"Alien yang diakui disetrum hingga mati dan dipelihara dalam freezer adalah tiruan berkualiti tinggi," kata pihak polis melalui laman rasminya.

Seakan tidak peduli dengan tanggapan polis, para blogger di China tetap meyakini bahawa alien yang dijumpai Li masih berhubungan dengan jejak asing berbentuk tapak UFO yang dilihat di Provinsi Hubei.

Foto: daily Mail






tempo.co

1 comment: