Inilah ahli gimnastik cantik yang jadi punca penceraian Presiden Russia

Alina Kabaeva
Moscow: Inilah ahli gimnastik dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangga Presiden Vladimir Putin.

Pemenang pingat emas Olimpik Alina Kabaeva, 30, dikatakan sudah sekian lama menjadi wanita simpanan Putin dan didakwa mempunyai anak hasil hubungan sulit itu.

Khabar angin kononnya pasangan itu merancang berkahwin dihangatkan lagi dengan pengumuman mengejut Putin bahawa dia dan isteri, Lyudmila akan bercerai.

Putin, 60, secara dramatik mengumumkan hasratnya itu dalam mesej menerusi televisyen yang disiarkan ke seluruh negara kelmarin.


Beliau dan Lyudmilla, 55, bekas pramugari berkahwin 30 tahun lalu dan mempunyai dua anak perempuan.


Bagaimanapun, di Moscow, bukan lagi rahsia rumah tangga mereka sudah berakhir dengan Putin dilapor dilihat mengucup Alina di sebuah restoran pada 2008.

Dakwaan bahawa mereka menjalin hubungan sulit mula didedahkan akhbar milik penentang Putin, Alexander Lebedev.

Akhbar itu diharamkan enam hari kemudian.

Kelmarin, khabar angin semakin kencang mengenai apa tindakan presiden itu selanjutnya. Rakyat Russia yakin Putin meninggalkan Lyudmilla untuk berkahwin dengan Alina walaupun mendakwa dia bercerai kerana beban kerja hingga tidak mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada keluarga.

Jurucakapnya, Dmitry Peskov berkata: “Tidak ada tempat dalam kehidupan Putin untuk hal ehwal keluarga. Yang ada hanya tugas memimpin negara.

Bagaimanapun, bloger Leonid Volkov berkata: “Saya mendengar ramai pemandu teksi berkata: “Jika dia curang kepada isterinya bermakna dia menipu negara.”

Bulan lalu, Alina, dalam wawancara televisyen menafi mempunyai anak, tetapi secara berhati-hati mengelak menyebut nama Putin.

MyMetro

3 comments:

  1. Biasalah lelaki yang dah tua dapat pikat pompuan muda lawa, cun melecun pulak tu...siapa tak nak...Boleh gugur iman.
    Kembali muda lah jadinya.

    ReplyDelete