Gara-gara buat facial darah seperti Kim Kardashian, wajah artis ini membengkak


Sebahagian besar wanita di dunia rela melakukan apa-apa demi tampil cantik. Namun, jika salah langkah rawatan kecantikan itu boleh mempunyai kesan sampingan yang membahayakan. Situasi inilah yang dialami oleh artis Inggeris Kerry Katona.

Gara-gara ingin mencuba facial darah atau dikenali nama Vampire Facelift, wajah Kerry  membengkak. Setelah melakukan suntikan darah ke wajahnya, anggota girlband Atomic Kitten ini harus menanggung kesan sampingan yang cukup serius. Kerry mengaku stres dan panik semasa melihat wajahnya jadi bengkak usai melakukan rawatan kecantikan tersebut.

"Saya tak tahu luka seperti apa yang mungkin terjadi jika darahku dinjeksikan ke wajahku," ujar Kerry. "Tapi kemudian di hari yang sama aku kelihatan seperti gajah."

Facial jenis ini mulai terkenal semenjak Kim Kardashian mencubanya untuk mengurangkan kedutan dan menayangkannya di reality show miliknya. Namun, ketika mencubanya Kerry tampaknya tidak bernasib baik dan harus menanggung kesan sampingan yang cukup berbahaya. Untuk rawatan ini Kerry harus membelanjakan wang sebanyak 600 pound Sterling.

"Keesokan harinya bengkaknya tidak hilang dan selama beberapa hari terus membesar dan membesar," tambahnya. "Wajahku benar-benar bengkak sampai kau tak akan boleh mengenalinya."

Untungnya, setelah ditangani secara perubatan dan diberi steroid, pembengkakan di wajah Kerry boleh berkurang. Namun, klinik kecantikan tempat Kerry melakukan facial itu membantah mereka melakukan prosedur yang salah. James Wilde, pemilik klinik itu mengaku sudah melakukan semuanya sesuai prosedur.

"Setiap pesakit yang datang dilayan dengan prosedur yang sama dengan profesional," ujar James. "Gejala itu normal berlaku selepas melakukan rawatan ini." - wk



4 comments:

  1. Dah banyak kes macam-macam terjadi still ada juga yg cuba itu-ini..

    ReplyDelete
  2. Elok2 dah cantik...last2 jadi jelek...hahahha

    ReplyDelete
  3. Bukan ke Kim sapu je di muka..yang minah tu nak cucuk dlam muka untuk apa? Aiyoooooooo

    ReplyDelete
  4. gara-gara facial Vampire wajah Kerry Katona seperti ini juga http://bit.ly/17MkNNh sereem

    ReplyDelete