Diet pelik selebriti Hollywood

Jennifer Lopez
BENTUK badan menawan yang dimiliki selebriti Hollywood sentiasa menjadi perhatian. Pun begitu, pasti ramai tidak menyangka mereka sanggup melakukan pelbagai jenis diet, termasuk sanggup berlapar semata-mata untuk kelihatan langsing. Disenaraikan antara selebriti dengan diet pelik mereka.

Fergie
Vokalis utama Black Eye Peas ini mengambil dua senduk cuka setiap hari untuk memastikan perutnya sentiasa leper dan kecil.

Jennifer Lopez
Tubuh menggiurkan diva Hollywood ini hanya boleh dimiliki jika mengamalkan diet sepertinya iaitu dengan meminum air jeruk beraroma buah Anggur. Jlo akan minum jeruk ini apabila berasa lapar selama 15 minit semata-mata untuk menghilangkan rasa laparnya.

Beyonce
Penyanyi terkenal ini hanya perlu melakukan diet selama 14 hari dengan makan cili padi, sirap Maple dan minum berliter-liter air mineral sepanjang tempoh itu.

Victoria Bekham
Jika mahu bentuk badan seperti isteri David Bekham ini, anda hanya boleh makan Strawberi dan kacang sahaja setiap hari.

Nicole Kidman
Bagi aktres jelita ini, dia hanya menikmati telur rebus berminggu-minggu lamanya apabila berdiet. Setiap pagi dia akan makan sebiji telur rebus, manakala untuk malam, hanya 2 hingga ke 3 biji.

Kelly Osbourne
Pernah memiliki berat badan berlebihan menyebabkan Osbourne melakukan diet sihat, selain rajin  melakukan senaman dan mengawal pemakanannya dengan mengambil sebiji Epal sebelum tidur.

Gwyneth Paltrow
Bagi Paltrow pula, cukup dengan mengamalkan minum teh membuang toksin untuk memastikan lemak terkumpul dapat dibuang dengan mudah.


Sinar Harian

1 comment:

  1. makan cili padi? hurm okey ! aku suka makan cili padi tak kurus pon hewhewhew

    ReplyDelete