Bolehkah saintis hidupkan kembali haiwan purba?


WASHINGTON - Saintis merancang untuk menghidupkan kembali haiwan purba yang telah pupus ribuan tahun lalu. Menggunakan teknologi seperti kloning dan genome sequencing (pengurutan gen), saintis mendakwa dapat memunculkan kembali haiwan purba yang telah pupus.

Dilapor nbcnews, Jumaat (15/3/2013), spesies purba yang hendak dimunculkan kembali ini ialah Mammoth, yang telah pupus  3 ribu hingga 10 ribu tahun lalu. Pada Mac tahun lalu, saintis di Rusia dan Korea Selatan mengumumkan satu kerjasama bahawa mereka akan berusaha untuk mengklon Mammoth dan menghasilkan spesimen Mammoth yang hidup.

"Ini menggunakan teknologi baru seperti klon pengurutan gen untuk membina spesies yang pupus," ungkap penyelidik Carl Zimmer. Saintis sebelumnya telah berjaya mengklon seekor biri-biri Dolly pada 1996.

Haiwan mamalia tersebut boleh dikloning melalui sel di dalam makmal. Saintis dari Sepanyol dan Perancis telah bekerja selama bertahun-tahun untuk membawa kembali kambing Pyrenean ibex (Capra pyrenaica pyrenaica) dari kepupusan.

Saintis telah melakukan kloning sel pada haiwan tersebut. Namun, haiwan tersebut tak dapat bertahan hidup dalam masa yang lama. Diketahui haiwan tersebut mati selepas 10 minit usai kelahiran.

Penyelidik dari Rusia dan Korea berusaha untuk melakukan "penghidupan kembali" pada spesies Mammoth dengan cara melihat rangkaian Mammoth berbulu yang dipelihara dalam mesin pendingin di Siberia. Mereka berharap dapat mencari sel-sel yang sesuai untuk diklon

okezone


No comments:

Post a Comment