Pelakon Amanda Bynes dakwa dicabul polis


NEW YORK - Aktres bermasalah, Amanda Bynes kelmarin mendakwa dicabul oleh beberapa anggota polis dengan kes tersebut kini disiasat pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Kejadian dipercayai berlaku semasa dia ditahan berhubung tuduhan menghisap ganja di apartmennya di Manhattan di sini.

Ketika hadir di mahkamah pada Jumaat lalu, bekas bintang kanak-kanak Nickelodeon itu menuduh polis memasuki rumahnya tanpa waran geledah.

Namun, dalam satu mesej di laman Twitternya, aktres tersebut kelmarin mendakwa polis turut mencabulnya.

"Seperti dakwaan-dakwaan lain berhubung salah laku polis, tuduhan tersebut akan disiasat walaupun tanpa aduan rasmi," kata jurucakap Jabatan Polis New York, Paul Browne.

Bynes ditahan Khamis lalu selepas seorang pekerja di bangunan kediamannya menghubungi polis dan memberitahu bahawa aktres itu menghisap ganja di lobi bangunan.

Bynes, 27, turut dituduh melempar keluar peralatan menghisap ganja melalui tingkap apartmennya di hadapan anggota-anggota polis.

Bynes popular selepas membintangi filem terbitan Nickelodeon, All That dan turut berlakon dalam beberapa filem lain termasuk Easy A pada 2010. - AP

Kosmo

3 comments: