Dua kereta api bertembung di New York, 60 cedera

NEW YORK - Sekurang-kurangnya 60 penumpang cedera selepas dua kereta api Metro North bertembung dari arah bertentangan di pinggir utara New York, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Gabenor Connecticut, Dan Malloy memaklumkan lima penumpang dilaporkan cedera parah dalam insiden tersebut.

"Kemalangan itu sangat serius, namun punca nahas tersebut masih belum diketahui. Kedua-dua kereta api membawa kira-kira 250 penumpang semasa kejadian," menurut beliau lagi menerusi Twitter miliknya dipetik AFP

Sementara itu, jurucakap polis Fairfield, James Perez berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui sama ada insiden itu berpunca daripada kegagalan mekanikal atau  angkara perbuatan khianat.

Perkhidmatan Metro North adalah antara pengangkutan awam paling sibuk di Amerika Syarikat yang membawa kira-kira 280,000 penumpang sehari.






No comments:

Post a Comment