Wanita Jepun diberi RM12.13 juta kerana cinta


TOKYO – Seorang wanita berusia 77 tahun diarah membayar semula wang sebanyak AS$4 juta (RM12.13 juta) yang diperolehnya daripada seorang lelaki berusia 79 tahun, menurut akhbar Sports Nippon semalam.

Lelaki tersebut memberikan wang itu sebagai pertukaran untuk mendapatkan cinta dan hubungan seks daripada wanita berkenaan.

Wanita berkenaan berjaya memperoleh wang itu semasa hubungan mereka berlangsung lebih tujuh tahun.

Menurut akhbar tersebut, lelaki itu menyatakan, dia menganggap wang tersebut hanya sebagai pinjaman.

“Dia (wanita berkenaan) tidak mempunyai kemampuan atau niat untuk membayar balik pinjaman itu,” kata lelaki tersebut di sebuah mahkamah di Shizuoka, tengah Jepun.

Mahkamah diberitahu, wanita itu memujuk lelaki tersebut untuk memberikan wang berkenaan dengan memintanya mandi bersamanya.

Wanita itu juga sanggup berbogel di depan lelaki berkenaan di dalam sebuah hotel dalam usahanya untuk mendapatkan sebahagian daripada wang itu.

Pasangan itu mula menjalin hubungan pada Jun 2000.

Menurut akhbar berkenaan, wanita tersebut kerap kali meminta wang kerana dia mahu membayar hutang kepada seorang lagi lelaki yang memaksanya berkahwin.

Lelaki itu kemudian menjual tanah yang diwarisinya dan membuat pinjaman bagi memenuhi permintaan wanita tersebut.

Wanita tersebut menggunakan wang yang diperolehnya itu untuk membeli kereta mewah seperti Jaguar, BMW, Mercedes-Benz dan sebuah flat mewah.

Jika wanita itu gagal mematuhi arahan mahkamah itu, lelaki berkenaan akan mengambil tindakan yang selanjutnya bagi memastikan wang tersebut diperoleh semula.– AFP



2 comments: