Majalah People nobat Gwyneth Paltrow wanita paling cantik dunia


Pemenang Anugerah Oscar, Gwyneth Paltrow, 40, dinobatkan oleh majalah People sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia bagi tahun 2013 semalam.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu mengakui, rutin senaman yang diamalkan banyak membantunya mengekalkan bentuk badan seiring dengan peningkatan usia.

"Ketika mula-mula melakukan senaman, saya sering memandang rendah terhadap keupayaan saya tetapi lama-kelamaan saya mula menyukainya.

"Ia mampu membuatkan saya berasa lebih cantik dan bertenaga," ujarnya.

Paltrow bakal kembali ke layar perak menerusi filem terbaharunya, Iron Man 3 yang bakal menemui penonton pada bulan hadapan. - Reuters

1 comment: