Usai pembedahan pinggul, Lady Gaga pakai kerusi roda emas


Los Angeles - Walaupun masih menjalani proses pemulihan selesai menjalani pembedahan pinggul, penyanyi Lady Gaga tetap ingin tampil berbeza. Kerana belum boleh jalan, Gaga  menggunakan kerusi roda berlapis emas. Wow!

Seperti dilapor Aceshowbiz, Rabu (13/3/2013), kerusi roda milik pelantun hits 'Born This Way' itu memang sangat unik. Bangku kerusi roda itu dilapis kulit, sementara rangka dan jari-jari roda dilapis emas 24 karat.

Kerusi roda itu direka oleh Ken Borochov. Ken memang sering merekabentuk beberapa barang untuk Gaga, di antaranya, kostum kurungan, mahkota dan kuku palsunya.

Awalnya, ketika mendengar Gaga mengalami kecederaan, Ken mengaku hanya ingin merancang tongkat untuknya. Ia pun tidak menyangka Gaga menghubunginya minta dibuatkan kerusi roda.

"Saya tidak berharap akan dihubungi oleh pasukannya, dan sebenarnya saya tidak pernah membuat kerusi roda. Tapi ketika itu saya rasa tercabar dan ingin membuat sebuah kerusi roda yang sesuai untuknya," ujar Ken Borochov.

Pada Februari lalu, Gaga menjalani pembedahan untuk mengubati bengkak di sendi pinggulnya. Akibat kecederaan itu, Gaga terpaksa membatalkan beberapa konsertnya.


1 comment:

  1. pehh dah kerusi emas pulak. kalo dah kaya sume bende nak mahal je

    ReplyDelete