Seorang wanita dibaham 4 anjing Pitbull

NG dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar sebelum ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
Kuala Kangsar: Seorang wanita nyaris maut apabila dibaham empat ekor anjing spesies ‘pitbull’ hingga bermandi darah berhampiran kediamannya di Jalan Kolam Air, di sini.

Dalam kejadian jam 10 pagi kelmarin, mangsa, Ng Kim Mooi, 59, parah di pergelangan tangan kiri dan kanan akibat digigit anjing berkenaan sehingga dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

 Menurut saksi yang mahu dikenali sebagai Leong, 40-an, kejadian ngeri itu berlaku ketika dia minum di kedai makan berhampiran lokasi kejadian.


“Saya terkejut melihat mangsa diserang sekumpulan empat ekor anjing sebelum segera membantu menghalaunya.

 “Saya cemas mendapati wanita itu meronta-ronta meminta tolong sambil kumpulan anjing itu terus menggigit tangannya berulang-kali. Sebaik kami menghampiri mangsa, semua anjing itu segera melarikan diri dengan meninggalkan mangsa dalam keadaan kesakitan,” katanya.

Dia memberitahu mangsa ketika itu terbaring di atas jalan dalam keadaan tidak bermaya dan badannya berlumuran darah akibat kesan luka digigit anjing itu. - Harian Metro


Pitbull

2 comments: