Insiden pelik warnai saingan F1 GP Malaysia

Lewis Hamilton tersalah masuk hentian pit
SEPANG - Dua insiden pelik berlaku pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia membabitkan dua pelumba iaitu Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel semalam.

Pertama, menyaksikan insiden yang memang jarang berlaku sebelum ini apabila Hamilton tersalah masuk hentian pit ketika perlumbaan sedang berlangsung.

Pelumba Britain itu yang baru sahaja menyertai pasukan Mercedes musim ini, dilihat memasuki pit bekas pasukannya musim lalu iaitu McLaren.

Menyedari kesilapan yang dilakukannya, Hamilton pantas bergerak meninggalkan pit McLaren dan menuju ke hentian pit Mercedes.

Insiden itu mendapat reaksi melucukan daripada teman wanita Hamilton, Nicole Scherzinger yang tersenyum sinis melihatnya menerusi telefon android.

Ada yang memberi reaksi berbeza kerana menganggap Hamilton mungkin keliru dan terlupa bahawa dia sudah pun meninggalkan pasukan McLaren.

Nicole Scherzinger
 Insiden kedua pula membabitkan Vettel yang melanggar arahan pasukannya yang mahu dia memberi laluan kepada Mark Webber muncul juara.

Keengganan Vettel itu diterjemahkannya menerusi aksi sengit sesama pelumba Red Bull seperti mereka bermusuh dan datang daripada pasukan lain.

Kedua-dua pelumba kelihatan hampir berlanggar sesama sendiri ketika cuba mempertahankan kedudukan masing-masing ketika menuju ke garisan penamat.

Vettel muncul juara GP Malaysia manakala Webber di tempat kedua dan Hamilton di tempat ketiga. 


Sebastian Vettel dan Mark Webber bersaing sesama sendiri

Kosmo


1 comment: