Inilah lukisan yang telah berusia 17,000 tahun


Muzium Field di Chicago, Amerika Syarikat mempamerkan salinan beberapa lukisan yang berusia lebih 17,000 tahun kepada orang ramai bermula semalam.

Lukisan tersebut ditemui di sebuah Gua Lascaux di Perancis.

Gua tersebut ditutup kepada orang awam pada tahun 1963 sebagai usaha untuk memulihara lukisan tersebut.

Penutupan tersebut menyebabkan salinan lukisan itu dibuat untuk dipamerkan kepada orang awam.

Pelbagai gambar orang dan haiwan terdapat pada lukisan itu.

Bagaimanapun, pakar-pakar masih belum dapat mentafsirkan makna lukisan tersebut.

Terdapat hampir 2,000 lukisan di dalam gua itu.





3 comments:

  1. adoi..sy tak reti nak nilaikan/kaji lukisan. hehe

    ReplyDelete
  2. maknanya hewan-hewan sangat bebas masa tu. syurga makanan fresh pun ia juga bagi orang-orang pada zaman tu. realitinya, hewan-hewan tuh semua berkepentingan pada manusia era tersebut dan ya, sehingga kini. :)

    ReplyDelete