Aeril Zafrel berlakon di samping Christina Ricci dan Sharon Stone

AERIL bersama Christina dalam muzik video sebagai promosi awal filem yang dibintangi mereka.
Kuala Lumpur: Aktor kacak Aeril Zafrel mengesahkan desas-desus pembabitannya sebagai pelakon utama dalam sebuah filem Hollywood di samping aktres handalan, Christina Ricci dan Sharon Stone.

Bercakap kepada RAP semalam, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 26, berkata, gambar aksinya dengan Ricci itu dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem berkenaan yang masih lagi dalam pembikinan.

Mengulas lanjut, Aeril berkata, muzik video itu akan ditayangkan di saluran MTV tidak lama lagi sebagai promosi awal filem romantik itu yang menjalani penggambaran di London, England.

“Saya akui memang benar pelakon lelaki di samping Christina (Ricci) dalam gambar itu diri saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem terbabit yang masih belum ada judul rasmi. Penggambaran video muzik itu dirakamkan pada awal tahun ini.

“Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini. - Harian Metro

3 comments:

  1. salam jumaat yang indah
    singgah pagi

    ReplyDelete
  2. wah.. aeril jauh dah berjalan. sy suka tgk dia berlakon cinta kura-kura dgn tiz zakiyah. kelakar betul.. ;)

    ReplyDelete