Sup tanah dijual di Jepun


Chef Toshio Tanabe, bekas petinju kelas bantam, belajar masak di Perancis lalu membuka restoran Perancis di Tokyo. Kerana obsesnya terhadap tanah, dia lalu mengolah tanah menjadi sup tanah dan sorbet tanah.

Awalnya, mencari bahan berupa tanah yang bagus dan tidak tercemar sangat susah. Ketika ini, Tanabe dibekalkan tanah yang bebas bahan kimia sebanyak satu kilogram setiap hari. Setelah tanah didapatkan, dia memasak tanah itu sebentar untuk menghilangkan aromanya lalu menyaring untuk menghilangkan kandungan pasir. Harga satu set hidangan tanah ini agak mahal, sekitar 10.000 yen.

Walaupun mahal, ternyata ramai juga yang memesan, mungkin sekadar memenuhi rasa ingin tahu dan mendapatkan pengalaman baru iaitu makan tanah. Mahu cuba?

2 comments: