Kejar teman wanita dengan parang

Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Angkara cemburu, seorang lelaki seolah-olah dirasuk apabila nekad mengejar teman wanitanya yang baru dikenali seminggu dengan sebilah parang di Jalan Tok Lam, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa, 21, pembantu kedai, turut diugut akan dipukul jika masih keluar bersama lelaki lain kerana dipercayai suspek, 20-an, terserempak mangsa bersama lelaki lain sebelum ini.

Menurut sumber, semasa kejadian, mangsa sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek yang hanya dikenali sebagai Mie, dalam keadaan marah.

“Suspek yang bersenjatakan parang itu tiba-tiba mengugut akan memukul mangsa jka masih berdegil keluar bersama lelaki lain selepas ini.

“Mangsa yang ketakutan segera keluar bilik bagi menyelamatkan diri dan tindakannya itu menambahkan lagi kemarahan suspek yang segera mengejarnya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, mangsa bernasib baik apabila suspek berhenti mengejarnya ketika melalui sebuah hotel di kawasan sama, sebaik melihat kehadiran kereta peronda polis yang sedang meronda di kawasan itu.

Walaupun tidak cedera, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Terengganu. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian.



2 comments: