Gua lanun penuh senjata ditemui


CALIFORNIA - Pihak berkuasa California utara mengumumkan menjumpai satu tempat persembunyian senjata api, dadah, kenderaan curi serta wang tunai berjumlah AS$12,000 (RM37,229), semalam.

Pegawai Jabatan Maklumat Awam, Leftenan Stev Knight, berkata mereka turut menjumpai barangan kemas dipercayai hasil curi, pil khayal, baju kalis peluru, ribuan set peluru, penimbang dadah, traktor curi termasuk lebih 40 kenderaan lain di situ.


Menurut pegawai Sheriff Humbolt, lokasi yang digelar sebagai 'gua lanun' itu ditemui dalam kawasan milik penduduk awam, Ryan Floyd, 30.

Floyd kini di bawah jagaan polis dan disyaki terlibat sama dengan penjenayah untuk memasarkan barangan itu di pasaran gelap. - MailOnline

No comments:

Post a Comment