Filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit khurafat?


Filem terbaru Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit yang cuba ditayangkan di Brunei berdepan kesukaran apabila Lembaga Penapisan Filem negara (LPF) itu menghentikan kemasukannya selepas menyifatkan kebanyakan adegan filem berkenaan menjurus ke arah kepercayaan karut.

Pengarah filemnya, Mamat Khalid berkata, perkara itu disedarinya kelmarin selepas dimaklumkan pihak Tayangan Unggul dan kemungkinan filem berkenaan tidak dapat ditayangkan selepas dilabel khurafat.

Katanya, ia bukan perkara baru bagi industri perfileman negara kerana sebelum ini turut berhadapan masalah sama selepas LPF Brunei mendakwa kandungan filem seram di Malaysia menyimpang ajaran Islam.

“Bagi perkara ini, kita gagal berbuat apa-apa kerana penilaian di negara itu jelas berbeza dengan LPF di Malaysia. “Apa dikesalkan adalah pihak negara mereka (Brunei) tidak memaklumkan kepada kita adegan mana yang didakwa khurafat,” katanya.

Katanya, penghasilan filem itu tidak berniat mempersendakan agama, tetapi hanya hiburan semata-mata selain memberi pengajaran kepada penonton menjauhi kepercayaan karut.

“Kalau diikutkan, sudah banyak filem seram dari negara ini berhadapan masalah itu antaranya Hantu Kapcai. “Namun, kita terpaksa akur kriteria diminta sekiranya mahu filem penghasilan negara ditayangkan di Brunei,” katanya melahirkan perasaan pelik kerana filem Hantu Kak Limah Balik Rumah melepasi sekatan itu.

Kata Mamat, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ditayangkan pada 2010 menyaksikan banyak adegan seram, tetapi melepasi penapisan filem negara berkenaan.

“Sekarang ini, kita (Tayangan Unggul) menunggu kata putus daripada mereka (LPF Brunei) dan berharap tidak timbul masalah,” katanya.

Menurutnya, kutipan hari pertama tayangan di negara ini sejak kelmarin mencecah RM401,000.- Harian Metro

2 comments:

  1. Cerita yang menyimpang dari Agama ni dianggap khurafat le mamat khalid oi. Alaaah hantu kak limah tu pon dah kira karut dah bawak bomoh siam la apa la..mentaliti melayu sikit2 panggil bomohhhhhhh

    bomoh tu pakai kemiyan la kain kuning la ..SEMUA TU KHURAFAT LEEEEE

    ReplyDelete
  2. just know pasal ni.. i dr brunei gak.. tapi heran. byk lagi ceta karut-2 masuk oke je

    ReplyDelete