Maya Karin bermisai

gambar kredt: rotikaya.com

Kelihatan Maya Karin memakai misai palsu dalam satu babak bersama Bront di sebuah kedai kopi. kacak pula Maya apabila ‘bermisai’...

Filem terbaru arahan pengarah terkenal Osman Ali, Sejoli, kini sedang rancak dalam pembikinan dan ia sekali lagi menampilkan aktres handalan Maya Karin sebagai teraju utama bersama Bront Palarae, Remy Ishak, Izra Aishah, Dhira Abu Zahar dan Azad Jasmin.

Filem ini berbentuk komedi romantis yang mengisahkan satu pasangan hendak sabotaj satu pasangan lain yang hendak berkahwin.

Rupa-rupanya, ia disebabkan pasangan Gina (Maya) & Joe (Bront) adalah bekas-bekas kekasih kepada pasangan yang satu lagi itu iaitu Nita (Izara) dan Hadi (Remy). Huh memang kecoh dibuatnya!

hmetro.com.my


1 comment: