Hampir 1,000 wakil penjual pakej komunikasi belia dilantik

CYBERJAYA: Syarikat-syarikat telekomunikasi yang terbabit dalam Pakej Komunikasi Belia sudah memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa mereka melantik hampir 1,000 wakil jualan di seluruh negara sehingga semalam.

Jumlah wakil-wakil jualan yang dilantik oleh syarikat-syarikat telekomunikasi itu akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa diseluruh negara untuk memastikan para belia dapat membeli telefon pintar 3G yang mereka idamkan dengan lebih mudah.

Mereka yang telah berjaya mendaftar diminta bersabar sedikit dan kerap menyemak senarai wakil-wakil penjual yang telah dilantik di laman-laman sesawang setiap syarikat telekomunikasi atau pemberi perkhidmatan di

https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html.


Setiap syarikat telekomunikasi juga menawarkan beberapa model telefon pintar untuk belia membuat pilihan.

Disebabkan permintaan yang diluar jangkaan, ada kemungkinan tidak cukup stok atau kekurangan model telefon. Setakat ini terdapat 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi di bawah skim ini.

Model-model telefon ini akan ditambahkan dari semasa ke semasa oleh pihak syarikat selaras dengan penambahan stok dari yang sedia ada agar belia mempunyai lebih banyak pilihan.

Perlu diingat bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi tidak menawarkan semua telefon pintar yang disenaraikan di bawah.

Belia perlu ke laman sesawang syarikat-syarikat terbabit dahulu untuk melihat model telefon yang ditawarkan oleh setiap syarikat.

SKMM menasihatkan belia agar memilih telefon berdasarkan kemampuan masing-masing dan tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar. Setelah mendaftar, belia yang layak diberi tempoh 30 hari untuk menebus rebat RM200 mereka di wakil-wakil penjual yang dilantik. - BERNAMA


Jenis-jenis telefon: 1.
iPhone 5, 2.
Samsung Galaxy S3, 3.
Samsung Galaxy Mini 2 4.
Samsung Galaxy Y 5.
Samsung Galaxy Note 2 6.
Samsung Galaxy Ace Plus 7.
Samsung Galaxy S3 Mini 8.
Samsung Galaxy Note 9.
Samsung Galaxy Nexus 10.
LG Optimus LE E400 11.
HTC Desire C 12.
HTC One X 13.
HTC Wildfire S 14.
HTC Desire X 15.
HTC One S 16.
Nokia Asha 311 17.
Sony Xperia Tipo Single 18.
Sony Xperia SL 19.
Sony Xperia Ion 20.
Sony Xperia S 21.
Huawei Ascend P1 22.
Windows Phone 8X By HTC 23.
Ninetology Blackpearl 2 i9400 24.
Ninetology Stealth 2 i9500 25.
Palette i5300 26.
ZTE Acqua 27.
Buzz 4G Cloud Phone 28.
Insight i9430

BH


1 comment: