David Beckham ditawar RM97.7 juta sertai Liga Qatar


David Beckham ditawarkan kontrak lumayan bernilai 20 juta pound (RM97.7 juta) untuk menyertai liga bola sepak Qatar selama dua tahun.

Liga Qatar sanggup menawarkan bayaran lumayan kerana merasakan Beckham mempunyai pakej yang lengkap untuk menaikkan imej bola sepak negara itu ke seluruh dunia.

Bekas ketua pasukan England itu mungkin menerima tawaran tersebut memandangkan beliau bakal menjadi duta kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022 di Qatar, apabila menamatkan kariernya nanti. - AGENSI

utusan malaysia


6 comments: