Buat berlian daripada abu mayat

ALGORDANZA, sebuah syarikat kecil yang berpangkalan di kawasan pergunungan selatan Switzerland, menggunakan abu mayat orang untuk dijadikan berlian sebagai kenangan terakhir buat yang tersayang.

Pada harga permulaan kurang daripada 5,000 euro (RM24,981), berlian tersebut bukan semata-mata simpanan terhadap barang kemas itu.

"Sesetengah orang mendapati ia berguna untuk dibawa ke tanah perkuburan dan bersedih. Kemudian mereka meninggalkan kesedihan tersebut di sana," kata Pengerusi Algordanza, Veit Brimer.

"Namun, sesetengah orang, untuk alasan apa sekali pun, tidak mahu mengadakan upacara pengkebumian tersebut. Memeranjatkan kebanyakan mereka terdiri daripada penganut agama Kristian sendiri. Kata mereka: 'Kenapa harus saya ucapkan selamat tinggal? Lagi pun saya akan berjumpa suami saya dalam masa 15 tahun di syurga."

Brimer berkata, syarikatnya mensasarkan fokus ke bandar Chur dan kawasan persekitaran di pergunungan tersebut.

Teknologi untuk membuat berlian tiruan pada mulanya diasaskan oleh General Electric pada tahun 1950-an dengan menguasai karbon untuk tekanan pada suhu yang tinggi.

Algordanza yang bermakna kenangan atau ingatan dalam bahasa tempatan Romansch, merupakan salah satu syarikat terkenal menawarkan berlian tiruan yang makin popular seiring dengan kepesatan teknologi yang semakin canggih.

LifeGem yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan Phoenix Diamonds (Britain) contohnya, turut menawarkan berlian tiruan yang diperbuat daripada rambut yang mengandungi lebih karbon berbanding abu mayat.

Ini bermakna batu permata atau berlian boleh dihasilkan menggunakan rambut orang yang masih hidup atau daripada seseorang yang telah dikebumikan berbanding mayat yang dibakar. Malah LifeGem juga menawarkan berlian yang diperbuat daripada haiwan peliharaan yang mati.

"Sesetengah orang mendapati, ia adalah satu penghormatan besar dan sebagai kenangan abadi. Sememangnya teknologi semakin maju," kata Laura Simanton dari Gemological Institute of America (GIA).

Berlian tiruan sudah menjadi begitu biasa. Justeru itu GIA kini menetapkan gred kualiti mereka. Ia bagi membolehkan pembeli menilai apa yang mereka peroleh berbanding berlian asli.

John Cardova, naib presiden Robbin Bros, sebuah syarikat yang mengeluarkan cincin pertunangan dan berpangkalan di California berkata, berlian tiruan secara keseluruhannya lebih murah berbanding yang asli, tetapi ia bergantung pada penggunaan batu setiap syarikat yang menghasilkannya.

GIA mengukir perkataan tiruan dan nombor siri pada semua berlian tiruan yang telah diberi gred.

Brimer pada mulanya melihat peluang perniagaan dalam 'berlian kenangan' selepas bertemu ahli kimia Rusia yang menerangkan bagaimana batu permata tersebut boleh dihasilkan di dalam makmal.

Kemudian, Brimer yang pernah bekerja di bahagian teknologi maklumat dan rakan kongsinya, Rinaldo Willy berfikir pelanggan mereka tentu terdiri daripada golongan muda. Tetapi mereka terperanjat apabila mengetahui sebenarnya pelanggan mereka datang dari pelbagai peringkat usia dan status.

Bobby Thurman dari Nelson Funeral Service di Arkansas, mengambil keputusan untuk memilih LifeGem bagi menghasilkan berlian daripada kombinasi sampel rambut dia dan keluarganya.

"Keluarga saya sudah tentu akan menghargai berlian ini yang akan diwariskan secara turun-temurun daripada satu generasi ke satu generasi lain. Saya jangka keluarga yang lain akan turut melakukan perkara yang sama," ujar Thurman.

kosmo


4 comments:

  1. oh, berlian tiruan..ingatkan berlian betul..sbb byukankah berlian dari batu? bila sebut dari abu tu yg pelik.. hehe

    ReplyDelete

  2. Salam..macam2 sekarang dengan teknologi yg makin canggih…jadi sekarang sapa nak beli berlian kena hati2 takut terbeli berlian abu mayat orang lak..hehe

    ReplyDelete
  3. macam2 ada dan boleh buat zaman sekarang ni, aduii gelinya..

    ReplyDelete
  4. badan manusia mmg mengandungi karbon.tak hairan lah boleh buat berlian.tp mmg over lah pulak buat dr abu mayat..

    ReplyDelete