Nicol Ann David juara Skuasy Wanita Terbuka Dunia kali ke 7


.......................UPDATE

(Final)

PEMAIN nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David merangkul kejuaraan kali ketujuh Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia dengan menundukkan pemain England, Laura Massaro pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kepulauan Cayman.

Nicol, 29, mengambil masa 44 minit untuk mengatasi Laura 11-6, 11-8 dan 11-6 di gelanggang kaca yang didirikan khas di Camana Bay.

"Sukar untuk dipercayai, Laura bermain dengan sangat baik, beliau juga berjaya memberi saingan hebat kepada saya.

"Saya sangat berpuas hati dan gembira dengan corak permainan tadi.

"Saya cuma mahukan kemenangan ini dan sekali gus merangkul kejuaraan ketujuh di Cayman," kata Nicol dipetik dalam laman sesawang rasmi pertandingan www.worldopen.squash.com.

Berdasarkan rekod, Nicol telah merangkul enam gelaran Juara Terbuka Dunia, bermula di Hong Kong pada tahun 2005, Ireland Utara (2006), England (2008), Mesir (2010) dan Belanda (2009 and 2011).

Beliau menjuarai Terbuka Kepulauan Cayman untuk tiga tahun berturut-turut 2009 hingga 2011

Tahniah!!

.................................................

(Semi Final)

Pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David meneruskan misi pemburuan gelaran ketujuh Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia selepas mengalahkan pemain England Jenny Duncalf untuk mara ke pelawanan akhir.

Nicol, 29, pemenang enam gelaran Terbuka Dunia, hanya mengambil masa 37 minit untuk menundukkan Jenny dalam straight set 11-7, 11-4 dan 11-2 di gelanggang kaca yang didirikan khas di Camana Bay di Kepulauan Cayman pada Khamis.

Ratu skuasy negara akan bertemu pemain nombor tiga dunia, Laura Massaro dari England dalam perlawanan akhir.

Kali terakhir mereka berentap dalam perlawanan akhir ialah di Terbuka Australian pada 19 Ogos, menyaksikan  Nicol memenangi gelaran itu buat kali kedua.

Sementara itu, Laura menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menumpaskan pemain pilihan kedua Raneem El Weleily dari Mesir dalam lima set permainan penuh mendebarkan yang berlangsung selama satu jam sembilan minit sebelum memenanginya dengan catatan 5-11, 11-9, 12-14, 11-4 dan 13-11.


KEPUTUSAN:
    ----------
    [3] Laura Massaro (ENG) mn [2] Raneem El Weleily  (EGY) 5-11, 11-9, 12-14,
11-4, 13-11 (69 minit);
    [1] Nicol David (MAS) mn [6] Jenny Duncalf (ENG)  11-7, 11-4, 11-2 (37



6 comments: