Pencemaran formaldehid dalam bangunan pada tahap bahaya

Apa dia Formaldehid? Formaldehid adalah gas tanpa warna, berbau kuat, larut air dan ada jisim sama seperti udara. Ia mudah meruap dalam suhu sekeliling atau kelembapan tinggi dan mudah terkumpul dalam bangunan tumpuan ramai.

Hasil kajian oleh Nippon Paint (M) Sdn Bhd (Nippon Paint) dengan usahasama Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai Kajian Kualiti Udara Dalaman (IAQ) Nippon Paint menunjukkan, kualiti udara dalam bangunan di Lembah Klang amat membimbangkan disebabkan oleh pencemaran daripada formaldehid.

Kajian rintisan itu dilakukan oleh penilai IAQ bertauliah iaitu dari Unit Perubatan Alam Sekitar dan Pekerjaan, Jabatan Kesihatan Masyarakat dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, baru-baru ini, menunjukkan pendedahan formaldehid dalaman dan Jumlah Sebatian Organik Meruap (TVOC) serta kesannya terhadap kesihatan pernafasan, alahan dan asma dalam kalangan penghuni bangunan.

Kajian tersebut memberi tumpuan kepada empat jenis bangunan utama iaitu kediaman bertanah dan pangsapuri, tempat awam, bangunan komersil dan pejabat.

Dengan kawasan tumpuan penduduk utama di Lembah Klang sebagai sasaran dan dalam tempoh dua bulan, sejumlah 1,163 sampel udara telah dikumpulkan dan lebih 400 penghuni bangunan ditemu ramah, meliputi 200 pejabat dan 213 rumah kediaman

Formaldehid dilepaskan ke dalam udara dalam bangunan daripada bahan binaan, perabot, permaidani dan produk kayu seperti papan zarah, panel papan lapis kayu keras, dan papan gentian kepadatan sederhana.

Lebih tinggi suhu dalam bangunan, lebih banyak formaldehid disebarkan ke dalam persekitaran dalam bangunan. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengesyorkan suhu dalam bangunan antara 23 hingga 26 darjah Celcius

Pendedahan berlebihan kepada formaldehid boleh menyebabkan gejala kerengsaan di kalangan individu sensitif. Bukti daripada beberapa kajian juga menunjukkan ia boleh menjejaskan sistem saraf pusat, mengakibatkan sakit kepala, kelesuan, dan kemurungan.

Ia juga berpotensi untuk mencetuskan serangan asma. Pendedahan jangka panjang kepada tahap formaldehid lebih rendah boleh menyebabkan masalah pernafasan, terutama sekali di kalangan penghidap asma.


 Sering kali, orang ramai dinasihatkan supaya masuk ke dalam rumah atau bangunan apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah tahap tidak sihat.

Tetapi, ke mana kita boleh pergi jika kualiti udara dalam rumah atau bangunan juga pada tahap sama atau lebih berbahaya?


sumber:SH

5 comments:

  1. bangunan papan mungkin sebahagian cara elak dari bahaya seperti ini...hehe

    ReplyDelete
  2. tu lembah kelang. tempat lain macam mana pulak ye

    ReplyDelete
  3. tak payah kemana2... tido lagi best

    hahahaha

    boleh tak jwpn gitu

    ReplyDelete
  4. yeke..kite lari ke kampung..huhu

    ReplyDelete