Hugh Jackman tetap Wolverine

minat dengan X-Men? tak kiralah sama ada komik atau movienya. aku salah seorang peminatnya dan salah satu watak yang diminati adalah Wolverine.

telah empat filem X-men diterbitkan dengan actor hugh jackman membawakan watak Wolverine bagi empat siri filem tersebut. Pihak 20th Century Fox dijangkakan akan memulakan penggambaran sekuel X-men origins: Wolverine tidak lama lagi.

namun, ada perkhabaran yang mengatakan bahawa Jackman tidak akan kembali memegang watak tersebut lantaran kesibukannya.

tetapi, bagi Jackman, dia menafikan perkara tersebut dan memberitahu filem sekuel itu tetap akan dijalankan walaupun pengarahnya, Darren Aronofsky sudah menarik diri.

"Semuanya masih lagi berjalan dengan baik dan skripnya juga sudah hampir siap. Kalau ditanya kepada saya, memang saya tetap mahukan Aronofsky mengarahkan filem ini.

"Memandangkan dia sibuk dengan projek lain, maka mahu atau tidak filem sekuel ini akan tetap diteruskan dan penggambarannya dijangka pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

"Apa yang boleh saya katakan, projek filem sekuel yang menggunakan judul sementara The Wolverine ini hanya akan dijalankan selepas saya menamatkan penggambaran filem terbaru saya, Les Miserables," kata Jackman dalam satu temu bual baru-baru ini

2 comments:

  1. mcm2 gosip... ada kata nk berhenti, dia kata xnk...mcm2 la dunia hiburan nie... :D

    ReplyDelete