Dulu-dulu bila puasa je main mercun...besttt

pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa. cepat betul masa berlalu. seperti biasala masuk je bulan puasa nih mesti ada yg putus jarikan akibat main mercun. aku dulu pun main gak mercun. best woooooo hehehe tapi tak pernah pulak meletup kat tangan.



aku main mercun yg biasa-biasa je. tak berani wehh nak main mercun yg pelik2



hokay inilah antara mercun yg aku main dulu-dulu. zaman kanak-kanak ribena dulu tu.





ini mercun papan. bila main mercun nih aku suka cucuk kat taik lembu. meletup je sure berterabur taik lembu tu. nasibla kalau kena kat muka ke apa hehe.





ini mercun bawang. best wooo main mercun nih. lagi pun ia tak bahaya cam mercun bola. bunyi pun ayu je peh peh peh camtulah lebih kurang bunyinya hehe.







yang ni pulak mercun katak. best gak nih. mercun ni akan melompat-lompat bila meletup. sebab tu kot ia dipanggil mercun katak.





mercun das ni pulak keluar kaler yg warna-warni. memang cantik. mercun inilah yg paling best buat main perang-perang.





mercun roket ni pulak bila mainnya terasa seolah-olah askar melancar peluru berpandu. pernah sekali aku main mercun ni hampir2 nak masuk kedalam rumah jiran. fuuhhh kalau tak meletup dalam rumah orng.





ini plug moto tpi boleh modified jdi mercun. pernah main tak?? best wa cakap lu. malaslah aku tunjuk cara2 buatnya. cara mainnya ia perlu dilambung dan biar ia jatuh terhentak diatas jalan raya. poMMmm. cuma kena hati2 lambung tu jgn smpai jatuh atas kepala. boleh biol wehh.





bunga api cap kucing ni pon pernah main gak. biasala layan adik2 main. tpi main pon sorok2 sikit takut nampak dek kengkawan sure kena gelak hehe.





(semua gambar dicilok dri lebai google...terima kasih kpd pemiliknya)



ada lagi yg aku main. nak cerita panjang pulak. malas aku nak taip2. korang pon mesti pernah main mercun ye tak ataupun paling kurang pun bunga api. mercun apa yg korang main ek?? cer citer



21 comments:

  1. kalu x krn kilang bunga api kt sg buloh tu..sure skrg kita dpt dgr 'peperangan meriam bulu' antara kampung.. ;-)

    ReplyDelete
  2. mercun warna-warni dan besi
    tu paling suka kalau dapat

    tapi loni payah nk jumpakan :)

    ReplyDelete
  3. dule aq ske men mrcun mncis..hoho
    skg nk men mrcun da xbrani dah..=D

    ReplyDelete
  4. aku pn pernah men sume mercun2 ni kecuali mercun papan and plug moto..haha~ best! best!

    ReplyDelete
  5. aku main mercun yang last tu jer... hehehehe

    ReplyDelete
  6. main mercun yg last..ngan yg bawang tu..hehe

    ReplyDelete
  7. kalu main bunga api cap mercun tu, sebelum bakar suke bengkokkan dulu ujung die, pastu sangkutkan byk2 kt pokok bunga pastu bakar...ala-ala krismas yu!

    kalu bunga api yg byk asap tu pulak, suke patah2kan, bakar dan baling..eksited tgk bunga api tu melenting-lenting..

    tp brani main bunge api jek la pun..huhu

    ReplyDelete
  8. aku x main mercun. tapi suka tgk budak2 main mercun. macam seronok kan. nak join, x koserr. haha

    ReplyDelete
  9. mercun mancis ngn mercun tarik pun bes gak woo

    ReplyDelete
  10. mercun cucuk kat taik lembu? gila apa ko ni? kang kena muka member? ish ish...notti betul..

    anak2 aku, aku bg main pop pop jer...

    ReplyDelete
  11. Red, aku budak baik.. tak main mercun.. hahaha..

    ReplyDelete
  12. la nie, susah nak carik mercun kan..hang ada port tak?? huhuhuhhhhhh

    ReplyDelete
  13. bunga api yg bila bakar keluar api warna warni...cantik..huhu..

    err...sejujurnya sy pernah main mercun pop-pop (bawang) tu jer...yg lain tak berani.. :)

    ReplyDelete
  14. aku da buat entry pasal mercun ni dulu rasanya.time kecik2 syok la men mercun.skang ni aku rse mcm membakar duit pulak.haha baik aku simpan duit buat kawen.lagi sedap.kehkehkeh

    ReplyDelete
  15. skrg nih layan anak2 buah main bunga api x pun main mercun pop2 tuh...hehe

    ReplyDelete
  16. skrg nih layan anak2 buah main bunga api x pun main mercun pop2 tuh...hehe

    ReplyDelete
  17. Aina:

    yeeee simpan duit banyak2 buat majlis kawen yg grand punya biar kalah selebriti haha

    ReplyDelete
  18. Kalau ikutkan kakak masa kecik dulu tak adalah mewah main mercun atau bunga api sebab kakak miskin. So kalau ada main pun setakat bunga api cap kucing tu. Itu pun bagi-bagi adik-beradik sorang satu. Sedih...:(

    ReplyDelete
  19. Saya pernah main semua mercun termasuk Mercun Ayam, Mercun Katak, Mercun Das, Mercun Keluang, Mercun Gasing, Mercun Kereta Kebal, Mercun Lalat/Lebah, Mercun papan, Mercun Ular, Mercun Bawang, Mercun Bom, Mercun Bola, Mercun Tarik, Mercun Plug, Mercun Pistol/Senapang dan bunga api besi, bunga api sembur, bunga api besar dll.

    ReplyDelete