siapa bahlol

dalam bahasa melayu bahlol merujuk kepada bodoh atau tolol. tahukah korang siapakah bahlol yg sebenarnya.....

Bahlol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rashid. Hebatnya Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya. Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan2 yg tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu kenal siapa madjzub ni


kisah Bahlol..

masa zaman Bahlol tu, berlaku satu kemarau yg sangat dahsyat. Kira2 ganda2 la panas dari kita yg duk Malaysia hari ni. Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulamak, solat beramai-ramai... tapi tak ada hujan yang turun pun. Pening weh khalifah masa tu. Dipanggil la menteri dia mengadap.

"Hah, habis ulamak dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Pabenda yg kita nak buat lagi ni?"

"Eh tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil"

"Sapa?"

"Bahlol"

"Bahlol pun Bahlol la, arah dia buat solat mintak hujan"

Bahlol pun pergi la ke masjid. Masa tu ramai dah yg ikut berkumpul. Ya la, nak solat mintak hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang2 ni.

Tiba-tiba, Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia mintak "Ya Allah, turunkan lah hujan". Tak ada solat apa pun.

Time tu jugak, hujan turun dengan lebat... Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.




sumber: http://www.tranungkite.net/



*adakah berdosa kita apabila memperbodohkan nama seorang ulama??

8 comments:

  1. laa...yeke cite psl bahlol..
    brpa persen kesahihannya...?
    thanks 4 da info..

    ReplyDelete
  2. husz:

    brapa % tu xpasti pulak...apa pon klu was2 kena tya pihak yg berkenaan

    ReplyDelete
  3. hmm...mcm tu kisahnya...

    kiranya si bahlol ni.org yg cerdik..tp low profile..pura2 bodoh..


    jom ke APA KATA HATI pulak,
    AWSOME PHOTOGRAPHY - PART 2

    ReplyDelete
  4. nabilah:

    hmmm ye la kan...

    ReplyDelete
  5. ceroi:

    lakonan?...ye ke

    ReplyDelete
  6. ermmm....
    memperbodohkan nama org..
    dosa

    ReplyDelete